Kambing Golek 69 yakin capai sasaran pada Syawal 2018

Kambing Golek 69 yakin capai sasaran pada Syawal 2018

SHAH ALAM: Six Nine Kitchen & Caterers berada dalam landasan baik untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 150 ekor kambing golek untuk 2 bulan ini yang akan berakhir syawal pada tahun 2018, dan dipacu pengekalan momentum dan jualan kukuh yang dicapai setakat ini.

Pengarah Operasi, Farid Fazlee, berkata, pihaknya optimis terhadap sasaran itu berdasarkan jumlah jualan sebanyak 48 ekor yang dicatatkan pada bulan Ramadhan tahun 2018 yang berakhir 14 Mei 2018.

Persiapan dan kelengkapan untuk perkhidmatan kambing golek juga telah dilakukan bagi menghadapi tempahan yang banyak pada musim perayaan tahun ini

“Kami amat gembira dengan jumlah jualan yang dicapai pada tahun ini memandangkan tempoh itu boleh dianggap sebagai suku yang perlahan,” katanya selepas di temuramah ketika Majlis Rumah Terbuka 2018 Peringkat Negeri Selangor, Semalam.

Sementara itu, Farid berkata, pihaknya menjangkakan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan baharu mampu meningkatkan sentimen pembeli dalam situasi pasaran yang kini sedang mengalami trend menurun.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *