Betul Ke Biri-biri Bukan Kambing ???

Lamb-vs-goat 69

Kekeliruan istilah menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa perkataan ‘lamb’ dan ‘mutton’ merujuk kepada daging kambing sedangkan ia daging biri-biri yang mengandungi kadar lemak yang tinggi.

Dengan kadar lemak sehingga 12 peratus daripada keseluruhan dagingnya, biri-biri yang biasanya dimasak di restoran atau dijadikan ‘kari kambing’ pada majlis tertentu, ia tidak sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah tinggi berikutan kolesterol tinggi berbanding dengan kambing golek yang telah dibakar bagi mengeluarkan lemak yang terkumpul.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, daging biri-biri matang dipanggil ‘mutton’ namun salah faham istilah itu menjadikan masyarakat menganggap mereka makan daging kambing.

“Dari segi istilah, kambing dipanggil ‘chevon’ manakala biri-biri muda ialah ‘lamb’. ‘Lamb chop’ dari segi istilah merujuk kepada daging biri-biri muda dan bukannya kambing.

“Tetapi dari dulu kita anggap semuanya kambing dan ia menjadi isu apabila ada yang mendakwa kambing penyebab darah tinggi. Sebenarnya ia adalah biri-biri,” katanya kepada Harian Metro.

Azhar berkata, beliau terpanggil membuat pendedahan itu selepas mendapati terlalu ramai orang yang salah tanggapan mengenai daging kambing dengan aspek kesihatan.

Beliau berkata, biri-biri mempunyai kandungan lemak antara daging kira-kira 12 peratus manakala kambing sekitar dua peratus saja, jurang besar yang memberi kesan kepada kesihatan.

“Dua peratus lemak yang ada pada kambing itu hanya terdapat pada beberapa bahagian di dalam badan. Jadi, risiko untuk menyebabkan penyakit itu kurang berbanding biri-biri. Selama ini kita yang salah faham,” katanya.

 

Kredit : Muhd Izawan Baharin dan Yusmizal Dolah Aling (www.hmetro.com.my)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *